Saturday, July 23, 2011

sos putih

sebenarnya entah apa nama sos yang aku buat ni, sos putih cendawan, sos putih ayam dan cendawan, sos cendawan, apa apa yang penting mudah cepat dimasak dan agak agak sedap dimakan..
Example
So bebahannya ialah cream cendawan dalam tin, cendawan butang, cooking cream dan ayam, ayam ni boleh digantikan dengan udang, daging lembu pun boleh..
Example
Cara cara bagaimana ayam dipotong begitu jugak cendawan , ayam ni digoreng dengan butter sedikit sampai jadi coklat sikit daging tu, letaklah jugak garam sikit dan serbuk lada hitam, cendawan tu pun sama, digoreng sampai keluar airnya, letak garam sikit...
Example
Dalam periuk pulak, satukan cream cendawan dan cream memasak tu, dengan api sederhana, gaulkan bagi rata kemudian masukkan cendawan dan ayam tadi, gaul sebati sampai menidih, nampak air menidih tutup api.. masukkan jugak persley kalau nak wangi sikit, resepi awal guna lemon jus, tapi suka macam ni aje sebab rasa cam lemak lemak berkrim gitu, boleh makan dengan mee spaghetti, pasta, macaroni dan apa jua jenis pasta.

Antara makanan kegemaran B.. dan kita selalu bekukan jika buat banyak, senang time B nak pi keja, keluarkan aje, voila bekal tuk pegi keja sudah siap menanti, kecuali kena masakkan pasta ajelah.. tapi ala ala masak mee maggie, cepat dimasak dan sedap jugaklah..

2 comments:

nuwairani ismail said...

sos putih ni ala2 carbonara la kan?

Asmara said...

chibi!! blog lg satu dah private ke? ala nak baca jugak! :D